Terapi / Rawatan bekam lintah ke tempat anda di sekitar Kluang, Batu Pahat Johor atau Kuala Lumpur.
Sila hubungi kami / datang ke kedai
Perubatan bekam menggunakan lintah mungkin bukanlah perkara baharu. Haiwan yang dikatakan mempunyai 300 gigi ini sudah sekian lama digunakan merawat pelbagai penyakit sejak 2,500 tahun lalu.
Hospital kerajaan telah memperkenalkan penggunaan teknologi terapi lintah bagi mengubati pesakit sejak tahun 2020.
Ketua Unit Penjagaan Luka, Jabatan Perubatan Dalaman Hospital Kuala Lumpur (HKL), berkata lintah biasanya dijumpai dalam air bersih, sebenarnya sudah menjadi terapi tradisional perubatan tertua bagi merawat pelbagai penyakit. Terapi Hirudo ini banyak memberikan kesan positif, iaitu ada pesakit menderita luka akibat diabetes, sakit dan bengkak. Daripada tidak boleh berjalan dalam tempoh hanya dua bulan dengan menggunakan 5 ekor lintah, pesakit kian pulih dan lukanya tertutup kembali.
BEKAM MENGGUNAKAN CAWAN
BEKAM KERING
Bekam kering juga disebut sebagai bekam angin, metod bekam ini adalah menyedut permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah dari dalamnya. Bekam ini biasa digunakan untuk mengatasi rasa nyeri yang disebabkan oleh reumatik dan rasa nyeri yang terjadi di punggung. Bekam jenis ini akan meninggalkan bekas bekam berupa lebam warna merah kehitam-hitaman pada tempat yang dibekam dan akan hilang beberapa hari kemudian.
BEKAM BASAH
Bekam basah adalah sebuah metod bekam yang dilakukan dengan melakukan bekam kering dulu kemudian permukaan kulit yang dibekam dilukai dengan jarum yang disterilkan, kemudian disedut dengan menggunakan alat cupping set dan hand pump untuk mengeluarkan darah kotor melalui luka yang dibuat dengan jarum tadi. Biasanya dilakukan selama 3 hingga 5 minit dan tidak boleh lebih dari 9 minit. Penyedutan darah dapat dilakukan sebanyak maksima 7 kali dan tidak boleh lebih. Biasanya pada bahagian yang disedut akan mengeluarkan darah berwarna merah kehitaman dan berbuih.
Selepas berbekam, pada 3 jam yang pertama tidak boleh terkena air dan bekam cara ini juga tidak boleh kerap dilakukan dan diunjurkan jarak waktu selama 3 minggu sekali.
BEKAM API
Kadang disebut sebagai Fire Cupping, seperti namanya bekam ini menggunakan medium api sebagai bahan untk membuat ruangan hampa pada alat penyedut. Bekam ini dilakukan dengan gelas yang direkabentuk khusus untuk membuat ruang hampagas pada kawasan bekam. Udara di dalam gelas dibakar dengan menggunakan kertas atau kapas terbakar dan kemudian gelas akan ditempelkan ke permukaan kulit.
PERBEZAAN BEKAM & DERMA DARAH
BERBEKAM | DERMA DARAH |
Darah dari kalipari | Darah dari arteri |
Mengeluarkan toksid dan kotoran sahaja | Semua kandungan bendalir keluar |
Keluarkan zat besi berlebihan (elak talasemia) | Mengeluarkan mineral dan zat besi dari tubuh |
Tidak keluar semua darah putih | Keluar sel darah putih beserta sel darah merah |
Manfaat dari berbekam dilakukan sebagai rawatan untuk beberapa keadaan kesihatan berikut:
• Gangguan darah, seperti anemia dan hemofilia
• Penyakit rematik, seperti arthritis dan fibromyalgia
• Kesuburan dan gangguan berkait dengan ginekologi
• Masalah kulit, seperti ekzema dan jerawat
• Tekanan darah tinggi (hipertensi)
• Migrain
• Keresahan dan depresi
• Ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan sendi kaki
• Memecahkan lemak
Manfaat Lanjut:
1) Melancarkan aliran darah
Rawatan alternatif ini pada dasarnya menyebabkan saluran darah lebih jelas pada permukaan kulit disamping menyebabkannya lebih besar akibat perubahan tekanan udara diluar badan. Hasilnya aliran darah akan lebih lancar dan ini baik bagi pesakit yang mempunyai faktor risiko seperti kolesterol tinggi dan kencing manis.
2) Kebaikan bekam muka
Kaedah berbekam pada muka mempunyai sedikit kontroversi kerana risikonya. Namun begitu, rawatan ini telah disebut boleh merawat kondisi seperti kayap, migrain, jerawat serta kelumpuhan muka akibat strok (angin ahmar) atau “Bell’s Palsy”. Kebanyakkan ahli perubatan masih lagi tidak menemui mekanisme bagaimana bekam pada muka boleh mendatangkan manfaat seperti yang disebutkan diatas.
Oleh sebab aliran darah semakin lancar akibat perubahan tekanan pada titik bekam, maka sel-sel darah putih serta kandungan darah yang lain mudah untuk sampai ke titik tersebut dan meransang pemulihan sel serta pengeluaran sisa toksik atau kuman. Terdapat pelbagai bahaya bekam di wajah seperti risiko darah tersumbat dan menyebabkan strok ataupun buta! Oleh yang demikian, ianya jarang dipraktikkan melainkan mereka yang profesional dan berpengalaman.
3) Melegakan penyakit-penyakit reumatik/sendi kronik
Kondisi-kondisi seperti artritis reumatik (“rheumatic arthritis”) dan gout dipercayai dapat dilegakan simptom-simptom mereka dengan kaedah bekam darah berdasarkan kenyataan daripada Persatuan Bekam British. Hal ini berkemungkinan kerana penyakit-penyakit kronik ini mempunyai lebihan penanda keradangan atau toksik seperti asid urik dalam darah yang sukar dibuang melalui air kencing.
Oleh sebab terdapat pengeluaran darah yang terkawal dan sedikit melalui bekam darah, lebihan toksik dan penanda keradangan ini juga dapat dibuang. Ianya dipercayai akan lebih efektif sekiranya prosedur ini dilakukan pada bahagian sendi yang sakit.
4) Merawat kondisi kulit kronik
Penyakit kulit kronik seperti ekzema dan psoriasis dipercayai dapat dirawat dengan kaedah berbekam juga. Tiada bukti kukuh untuk menyokong tuntutan ini dalam aspek penyembuhan penyakit-penyakit yang dinyatakan. Pengurangan gejala dan skala simptom mungkin dapat dicapai kerana punca-punca penyakit kulit kronik ini adalah berpunca daripada serangan sistem imun sendiri pada kulit pesakit.
Dengan membuang darah yang terkawal beserta perubahan tekanan pada titik yang dikenalpasti, rawatan alternatif ini dipercayai dapat membuang sedikit sel-sel darah putih serta penanda keradangan yang menyebabkan gejala dan penyakit kulit ini.
5) Rawatan sampingan tekanan darah tinggi
Penyakit darah tinggi sememangnya tidak mempunyai penawarnya lagi. Akan tetapi dengan pengambilan ubat, senaman, penjagaan makanan serta kaedah bekam darah, ianya berpotensi untuk mengawal tekanan darah tinggi dengan lebih efektif. Hal ini berikutan pembuangan garam, kolesterol dan lemak dalam darah yang umum diketahui sebagai faktor utama kepada tekanan darah tinggi juga akan dibuang dalam bekam darah.
6) Mengurangkan tekanan/stres dan kemurungan
Mungkin anda tidak tahu bahawa penyakit keresahan dan kemurungan juga ada kaitan biologi dan perubahan hormon dan bukan sekadar psikologi semata-mata! Rawatan bekam angin atau darah disamping dengan urutan yang selalu diberikan disetiap sesi bekam dapat membantu menenangkan fikiran dan mengurangkan stres.
7) Membantu mengurangkan tekanan otot dan badan
Tahukah anda terdapat banyak atlet professional yang menggunakan rawatan alternatif ini bagi tujuan pemulihan yang lebih “natural”? Terdapat banyak atlet pada sukan Olimpik Rio 2016 yang menggunakan rawatan ini terutamanya atlet renang seperti Michael Phelps. Kelancaran aliran darah membantu otot-otot untuk mudah membuang sisa toksik selepas aktiviti bersukan secara efektif dan membantu pemulihan badan.
Adakah berbekam lebih baik daripada menderma darah? Rawatan bekam boleh dibuat lebih berkala daripada menderma darah kerana jumlah darah yang dikeluarkan adalah lebih sedikit. Oleh itu, bekam darah dilihat lebih baik untuk melegakan penyakit kronik seperti yang dinyatakan diatas berikutan lebihan penanda keradangan yang berterusan dan sel darah putih tidak baik.
Walaubagaimanapun, kesemua kebaikan dan manfaat yang dinyatakan diatas memerlukan penelitian lebih lanjut melalui kajian-kajian jangka panjang bagi membuat konklusi yang lebih tepat.
Sumber: Berita, Blog Kesihatan